Daerah Ranau Sabah
Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang.
Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude)
116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an. Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud.
Keluasan
Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hekter atau 1978.5 km persegi. Walaubagaimana, apabila perubahan persempadan
baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau akan bertambah kepada 3555.9 km persegi.
Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Antara tempat-tempat
pelancongan yang menarik di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Desa Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar sehari sekali dalam sebulan) dan banyak lagi.
Asal-usul nama
Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau.
Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.
Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran
daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini.